Visitors Hit

7452763 Views

Aktiviti Kuala Lumpur

SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri semasa menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI Ke-16, Putrajaya Marriot Hotel.


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat dari peserta-peserta dan krew-krew program Dai' Pendakwah Nusantara TV3 pada 14 Ogos 2017. Melalui kunjungan ini, para peserta turut mengadakan sesi perbincangan dan perkongsian ilmu bersama-sama Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Semoga pencerahan yang dikongsikan dapat memberikan manfaat buat ummah.

 

 

 

 

Pada 31 Julai 2017 (Isnin), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 1/2017 bertempat di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Presint 4, Putrajaya. Antara isu yang dibentangkan adalah bertajuk “Mengenali Gerakan New-Ateisme” dan Forum “Ancaman Fahaman Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme Dalam Agama : Selamatkah Akidah Kita?”. Seminar separuh hari tersebut telah berjalan lancar dan telah dihadiri hampir 200 orang peserta terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, selesai tugasan bagi meraikan keberangkatan pergi para jemaah Haji 1438H/2017M di Kelana Jaya ke Tanah Suci bersama DYMM SYDP Agong Ke-15, Sultan Muhammad ke-5, Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga Timbalan Menteri Dato' Asyraf Wajdi , Pengerusi Lembaga TH Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah dan turut hadir TYT Duta UAE di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

 

MUTIARA HIKMAH DARIPADA SULTAN YANG PUNYA HIKMAH

''Bersempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di Hotel Marriot, Putrajaya. Kami telah mendengar sebuah titah diraja yang amat bernas dan tuntas, sarat dengan fakta sejarah, penuh dengan mau'izah dan terlalu banyak faedah serta mutiara hikmah yang amat bernilai, antara ungkapan dan mutiara hikmah Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah'';

"Pada hari akhirat kelak, raja-raja tidak mempunyai peguam negara, tetapi hanya peguambela, dan peguambela mereka ialah amar ma'ruf mereka sahaja".

Hal ini mengingatkan kami akan firman Allah swt:

(يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ)
[Surat Ash-Shu'ara 88 - 89]

Yang bermaksud ; "
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Kami menginsafinya dan menjunjung kasih tuanku. Daulat tuanku!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Sesi temuramah bersama Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri oleh Pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia berkaitan isu-isu semasa. Sesi temuramah di jalankan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya. Semoga pencerahan yang dikongsikan memberi manfaat buat ummah.

Sekitar lawatan rasmi Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Labuan dan antara ucapan S.S Datuk Mufti bagi menzahirkan keindahan dan kemudahan di sana :

"Alhamdulillah, setibanya kami di Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Labuan, kami amat terpegun dengan keindahan seni bina rumah ini serta permandangannya yang amat mempersonakan.

Terbentang luas lautan terbuka di halaman belakang Istana Inap yang dahulunya milik DYMM Sultan Selangor pada era sekitar 80an. Cukup indah ciptaan Allah Yang Maha Esa, kebiasaannya kami mengharungi kesesakan jalan raya dan bangunan yang padat di ibu kota. Sesungguhnya rahmat ini membuatkan kami amat bersyukur kepada Allah SWT.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak BPH yang memberi peluang kepada kami dari PMWP untuk menginap di sini dalam rangka melaksanakan tugas Bayan Al-Fatwa dan Klinik Hukum di Labuan".

 

   

 

 

Semoga hubungan baik berkekalan dan dilimpahi rahmat-Nya selamanya.

 

  

   

Terima kasih di atas ziarah mahabbah Sohibul Fadhilah Ustaz Azhar Idrus serta rombongan ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya, semoga ukhwah Islamiah ini kekal hingga ke jannah.

 

 

            

           

Alhamdulillah. dengan izin dan rahmat Allah Taala, Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 2017 bertempat di Planetarium Negara berjaya dilaksanakan. Terima kepada semua pihak yang bekerjasama.

Persidangan Meja Bulat Ulama' Dan Umara' sempena Majlis Ulama' Dan Umara + NGO Islam TN-50 bersama YAB Perdana Menteri Malaysia dan Pembentangan Indeks Syarian Malaysia 2017, bertempat di Dewan Pesidangan Unit Penyelarasan (ICU) JPM, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Purajaya.

  

  

Menerima ziarah para ulama' daripada Perancis, Tunisia, Lubnan dan Syria, semoga ukhwah Islamiyyah berkekalan.

  

 

Ketibaan Sohib Al-Samahah Ustaz Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke bumi Wilayah Persekutuan Labuan di sambut oleh Sohib al-Samahah Timbalan Mufti, Ketua Penolong Mufti Cawangan Labuan dan di jemput menghadiri Jamuan Aidilfitri oleh pihak MAB Labuan dari Ir Zaifuddin Bin Idris, Senior General Manager Technical Services MAHB dan Ahmad Fikri Bin Hj Samsudin , Airport Manager Labuan Airport.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top