Visitors Hit

6951641 Views

Pada 21, 22 dan 23 Mei 2017 yang lalu, Bahagian Sumber Maklumat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri di negeri-negeri utara semenanjung tanah air. Delegasi ini diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan S.F. Timbalan Mufti Ustaz Haji Hashim bin Salleh berserta 11 orang pegawai pengiring yang lain.

Objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara jabatan disamping  untuk menyerahkan buku terbaru terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa yang sebanyak tujuh (7)  jilid dan telah dilancarkan oleh  YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 13 April 2017.

Antara jabatan yang dikunjungi ialah Jabatan Mufti Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan. Pada hari terakhir lawatan, delegasi telah berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Negeri Perak. Dato’ Menteri Besar telah diwakili YB Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Haji Zakaria merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top