Visitors Hit

3857911 Views

Dari Meja Mufti

Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.

  Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang, ahlan wa sahlan dan terima kasih kerana melayari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Laman web ini sewajarnya dapat dijadikan pemangkin kepada kesinambungan usaha dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat Islam melalui Internet khususnya dalam bidang kefatwaan, hukum-hakam falak syarie serta perkembangan ilmu-ilmu Islam dalam  kehidupan masa kini.

Adalah menjadi harapan kami agar pembangunan laman web ini dapat menambahkan lagi sumber rujukan dan maklumat di samping memandu umat Islam ke arah memahami dan menghayati syariat  Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, memperkukuhkan tradisi ilmu Islam serta menyumbang terhadap pembangunan Islam dalam masyarakat dan negara.

Melalui laman web ini, kami bersedia dalam membantu memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat dalam persoalan-persoalan dan permasalahan berkaitan dengan aqidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi dan kefatwaan yang melibatkan isu-isu semasa. Sebarang kemusykilan boleh diajukan samada melalui email, surat menyurat atau berhubung terus ke pejabat ini.

Dengan penjenamaan baru laman web ini dan penampilan yang tersusun, pelayar laman web diharap mendapat info yang sahih dan fatwa yang telah disahkan. Sebarang cadangan kami alu-alukan untuk penambahbaikan laman ini. Kami cuba sedaya upaya mungkin untuk mengemaskini web ini dari semasa ke semasa. Antara perkhidmatan terkini yang ditawarkan dibahagikan kepada;

  • Bayan Linnas
  • Irsyad al-Fatwa
  • Irsyad al-Fatwa (Edisi Ramadan)
  • Irsyad al-Fatwa (Edisi Haji & Korban) 
  • Irsyad Usul al-Fiqh
  • Irsyad al-Hadith
  • al-Kafi li al-Fatawi 
  • E-Kemusykilan (Jawapan daripada Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
  • E-Kiblat
  • E-Tauliah

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyumbang ke arah meningkatkan syiar Islam dan membangun umat dan negara ke arah kecemerlangan, kegemilangan dalam mendapat mardhatillah

Wassalam

S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Rate this item
(5 votes)
Login to post comments

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top