Visitors Hit

7946970 Views

Fenomena Gerhana Bulan Separa, 8 Ogos 2017

Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 08 Ogos bermula 01.22 pagi hingga 03.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit. Bulan akan bergelap kira-kira 30%. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid / surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan bersama Planetarium Negara mengadakan program cerapan dan Solat Sunat Gerhana bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi.

FASA GERHANA

WAKTU MALAYSIA

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra

7 Ogos,  11:50 mlm

Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula

8 Ogos, 01:22 pagi

Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)

8 Ogos, 02:20 pagi

Tamat gerhana separa.

(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)

8 Ogos, 03:18 pagi

Tamat gerhana penumbra

(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)

8 Ogos, 04:50:56

Maklumat lanjut mengenai gerhana sila rujuk web Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad;

Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2017/07/gerhana-bulan-separa-8-ogos-2017/

 

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

 

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

 

Maksudnya;

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

 

Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

  1. Rakaat Pertama
  2. Takbiratul Ihram.
  3. Membaca doa Iftitah.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  6. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  7. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  8. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  9. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  10. Iktidal.

1O.Sujud dan membaca tasbih.

1 l.Duduk antara dua sujud.

12.Sujud kembali.

13.Berdiri ke rakaat kedua.

  1. Rakaat Kedua
  2. Membaca surah al-Fatihah.
  3. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  4. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  5. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  6. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  7. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  8. Iktidal.
  9. Sujud dan membaca tasbih.
  10. Duduk antara dua sujud.
  11. Sujud kembali.

11.Membaca tasyahud akhir.

12.Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Rate this item
(2 votes)
Login to post comments

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
Go to top