Visitors Hit

3857882 Views

 

Soalan: Apakah status hadith ini?

 

Nabi SAW bersabda: “Aku sampaikan kepada kalian pada malam kalian ini, sesungguhnya pada penghujung seratus tahun tidak ada seorang pun yang akan tetap hidup di muka bumi daripada orang-orang yang ada pada saat ini”.

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

  • Daripada Abdullah bin Umar RA berkata, Nabi SAW telah solat Isyak bersama kami di akhir hayat Baginda SAW. Apabila Baginda SAW memberi salam, Baginda SAW berdiri lalu bersabda:

 

أَرَأَيْتَكُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ، فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا، لاَ يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ أَحَدٌ

Maksudnya: “Tidakkah kamu melihat pada malam kamu ini, tidak akan ada seorang pun (daripada kamu) yang akan hidup di atas muka bumi ini selepas daripada seratus tahun”. [Riwayat al-Bukhari (116)]

 

Imam Ibn Hajar berkata: “Di dalam hadith ini, Ibn Umar RA telah menjelaskan kehendak Nabi SAW daripada hadith ini adalah selepas berlalunya seratus tahun daripada ucapan Nabi SAW ini iaitu selepas berlalunya kurun tersebut maka tidak akan tinggal lagi seseorang yang ada ketika Nabi SAW mengucapkan hadith ini. Begitu juga, setelah dilihat berdasarkan penelitian atau pemerhatian, maka sahabat terakhir yang termasuk di dalam ucapan Nabi SAW ini iaitu yang ada pada malam tersebut ialah Abu Thufail Amir bin Wathilah RA. Telah ijma’ dalam kalangan ahli hadith bahawa sahabat yang terakhir wafat dan dikatakan bahawa sahabat ini hidup sehingga tahun ke 110 iaitu penghujung seratus tahun daripada ucapan Nabi SAW tersebut”. [Lihat: Fath al-Bari, 75/2]

 

Penutup

Kesimpulannya, hadith ini menunjukkan bahawa Nabi SAW mengetahui perkara-perkara yang ghaib melalui wahyu daripada Allah SWT. Ini juga menunjukkan tanda-tanda kenabian dan juga kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita pengakhiran yang baik di dunia ini serta menjauhi kita daripada pengakhiran yang tidak baik. Amin.

 

Wallahua’lam

 

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
Go to top