Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #323 : MEMBACA DAN MENDENGAR GOSSIP

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 323 (8 JULAI 2016 M / 3 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti, saya ingin bertanyakan soalan. Adakah sama dosanya kita membaca gosip dengan mendengar org mengumpat. adakah dikira bersubahat dan pahala kita diambil org yg digosipkan itu? bagaimana jika tak disengajakan membacanya.?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Berkenaan dosa sama atau tidak, kami tidak mengetahuinya tetapi sebarang bentuk umpatan, fitnah, gosip dan seumpamanya yang boleh melukakan maruah orang lain adalah diharamkan. Juga membantu dan menyebarkan maklumat tidak betul tanpa tabayyun adalah termasuk dalam kesalahan dan dikira berdosa. Justeru, marilah kita hidup berpedoman nas ilahi agar jauh daripada perbuatan-perbuatan tersebut.

Wallahua’lam.

mufticare popup qr