Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 39 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H)

Bilakah hari Syak dan apakah hukum berpuasa pada hari tersebut?

 

JAWAPAN

Hari Syak bermaksud hari yang ke-30 pada bulan Sya’ban. Ini adalah kerana apabila anak bulan tidak kelihatan, orang ramai meragui hari itu sama ada dalam bulan Sya’ban atau Ramadan. Maka tidak harus berpuasa pada hari itu. Bahkan, sayugia dianggap hari tersebut masih dalam bulan Sya’ban.