Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 42 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum bersedekah atau bayar fidyah bagi orang yang sakit?

 

JAWAPAN

Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata: Pada pendapat kami, sakit itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sakit sementara yang ada harapan untuk sembuh. Hukumnya tidak harus membayar fidyah atau bersedekah. Ia wajib diqhada’ sahaja.

Kedua: Sakit yang lama dan tidak ada harapan untuk sembuh. Hukumnya seperti hukum ke atas lelaki dan wanita tua. Penyakit ini hendaklah disahkan oleh doctor yang pakar atau melalui pemeriksaan. Ia dikenakan fidyah. Mengikut sesetengah imam, seperti Abu Hanifah, harus kita membayar fidyah dengan duit kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya.