Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 49 (01/07/2015 BERSAMAAN 14 RAMADAN 1436H)

 

Apakah hukum bersetubuh dengan isteri ketika musafir dalam bulan Ramadan?

 

JAWAPAN

Bersetubuh dengan isteri ketika musafir di siang hari pada bulan Ramadan, seperti yang disebut dalam Fatawa Ramadan (1/315). Hukumnya harus dia tidak puasa pada hari tersebut dan boleh bersetubuh, makan dan minum kerana orang musafir tidak wajib berpuasa. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِن أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”

(Surah al-Baqarah: 184)