Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

 

Soalan: Apakah terdapat doa tertentu daripada sunnah berkaitan doa apabila dijemput makan atau minum?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana Nabi SAW merupakan seorang insan yang paling pemurah berbanding bulan-bulan yang lain berdasarkan hadith yang masyhur daripada Aisyah RA. Untuk itu, pada bulan ini juga kita sering mendapat jemputan berbuka daripada kaum keluarga atau kawan-kawan.

 

Berbalik kepada soalan di atas, memang terdapat beberapa doa yang diajarkan oleh Nabi SAW apabila Baginda SAW datang menziarahi ayah kepada Abdullah bin Busr.

 

  • Daripada Abdullah bin Busr bahawa Nabi SAW diminta olehnya (ayah Abdullah bin Busr) untuk mendoakan mereka setelah Nabi SAW selesai menjamu selera:

 

اللهُمَّ، بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah mereka dengan apa yang telah Kamu rezekikan kepada mereka serta Kau ampunilah mereka dan rahmatilah mereka”. [Riwayat Muslim (2042)]

 

Tambahan pula, terdapat sebuah lagi hadith di dalam Sunan Abi Daud ketika Rasulullah SAW telah datang kepada Sa’ad bin Ubadah lalu Sa’ad membawa roti dan minyak maka Nabi SAW memakannya.

 

  • Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

Maksudnya: “Telah berbuka di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”. [Riwayat Abu Daud (3854)]

 

Penutup

Kesimpulannya, kita berdoalah kepada Allah SWT dengan apa jua doa sekalipun kepada orang yang telah memberi kita makan kerana doa itu sifatnya luas dan kita boleh berdoa apa sahaja selagimana makna dan tujuannya baik. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi dan menyempurnakan bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.

 

Wallahua’lam

 

 

e fatwa
e kiblat

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 169

Minggu Ini : 4782

Bulan Ini : 15701

Keseluruhan : 10244331

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji