Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

 

  

Pada 2 Ogos 2018, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan telah mengadakan program Himpunan Baitul Maqdis : Kami Bersamamu bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. Program bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Program ini diadakan sebagai kesinambungan program yang sama yang telah diadakan pada 7 Mac 2018 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Diantara pengisian program ini adalah pembentangan empat kertas kerja yang telah disampaikan oleh wakil daripada NGO yang telah dijemput. Mereka terdiri daripada Aman Palestin (Encik Anas bin Abdul Wahab), MyAqsa (Dr.Haji Noorazman bin Mohd Samsuddin), Geng Ustaz (Encik Norazli bin Musa) dan MyCare (Prof. Madya Dr.Hapidzi bin Mohd Noor). Manakala moderator program adalah Pengacara Astro Oasis dan TV Al-Hijrah, Ustaz Nabil bin Ahmad.

Bilangan peserta yang hadir adalah seramai 550 orang yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta dan NGO di seluruh Labuan. Program diakhiri dengan Ucaptama yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu, Pusat Pungutan Zakat W.P Labuan, Jabatan Penyiaran W.P Labuan, Jabatan Penerangan W.P Labuan, Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan, Jabatan Agama Islam W.P Labuan, Majlis Agama Islam W.P Labuan, Badan-badan Beruniform, Aman Palestin, MyCARE, MyAQSA dan Geng Ustaz.