Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

 

Pada 21 Februari 2019, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Wacana Fatwa Semasa bertempat di Mini Auditorium Anjung Budaya Perbadanan Labuan, Kg Layang-Layangan WP Labuan.

Peserta yang telah menghadiri program ini adalah seramai 145 orang yang terdiri daripada Badan Beruniform seluruh WP Labuan. Manakala penceramah jemputan iaitu Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim (Ketua Unit Istinbat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) dan Ustaz Umar Mukhtar bin Mohd Noor (Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan). Seterusnya majlis penutupan program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Sohibus Samahah Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan).