Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

Pada 23 – 24 April 2019 bersamaan 17 – 18 Sya’ban 1440 yang lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan melalui Unit Istinbat telah mengadakan sesi Temuduga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Siri 1/2019.

Sesi temuduga ini adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Mufti bagi membolehkan para guru-guru agama, guru takmir dan guru kafa yang mengajar di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan untuk memperbaharui tauliah kebenaran mengajar masing-masing.

Seramai 150 orang peserta yang telah hadir pada temuduga kali ini. Mereka terdiri daripada 125 orang peserta yang memperbaharui tauliah manakala 25 orang peserta yang memohon tauliah untuk kali pertama. Para panel penemuduga yang telah dijemput adalah Y.Bhg S.F. Ustaz Abdul Malik bin Salleh. S.F. Ustaz Che Mat bin Deraman dan Y.Bhg S.F. Ustaz Mohd Nazarudi bin Mohd Nadzir selaku wakil bagi pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Program temuduga ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan.