PROFAIL JABATAN

Kata Aluan S.S. Dato Mufti | Latar Belakang | Fungsi Pejabat | Piagam Pelanggan
Bahagian-Bahagian | Carta Organisasi | Senarai Mufti Wilayah Persekutuan


Bahagian Khidmat Sokongan
| Bahagian Fatwa | Bahagian Sumber & Maklumat

Bahagian Khidmat Sokongan

Unit Pentadbiran/Kewangan

Fungsi Unit :

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran pejabat serta mengendalikan pengurusan pengawalan peruntukan dan perbelanjaan pejabat.

  2. Menyelenggara dan mengemaskini hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan kakitangan.

Unit Sistem Maklumat

Fungsi Unit :

  1. Menyelenggara sistem maklumat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

  2. Memastikan semua data-data fatwa dikemaskin dari semasa ke semasa.

  3. Memastikan semua peralatan komputer di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

  4. Memastikan talian komputer berfungsi dengan baik.

  5. Bertanggungjawab mengemaskini laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ke atas

Bahagian Fatwa

Unit Istinbat

Fungsi Unit :

  1. Mengurusetiakan mesyuarat Ahli Jawantankuasa Perundingan Hukum Syarak.

  2. Menyediakan kertas kerja cadangan fatwa dan pengawasan pengajaran agama.

  3. Menerima dan memproses permohonan tauliah/kebenaran mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

  4. Mengeluarkan tauliah mengajar kepada pemohon yang lulus prosedur yang ditetapkan.

  5. Membatalkan tauliah mengajar kepada individu yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

  6. Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam.

Ke atas

Unit Buhuth

Fungsi Unit :

  1. Melakukan penyelidikan terhadap isu-isu semasa yang dibangkitkan dan menyediakan bahan untuk kertas cadangan fatwa.

  2. Mengkaji bahan manuskrip lama berkenaan hukun dan fatwa.

  3. Melakukan pemantauan terhadap tuduhan-tuduhan dan tulisan orientalis/musuh Islam serta penyediaan jawapan yang sesuai.

  4. Pentahqiqan kitab-kitab turath dan muktabar.

  5. Membuat kajian ke atas fatwa-fatwa lama dan kesesuaiannya menurut hukum-hukum syarak.

  6. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersumberkan hukum Islam.

Ke atas

Unit Falak

Fungsi Unit :

  1. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatamkuasa Induk Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan.

  2. Mengurusetiakan majlis cerapan anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah serta melakukan cerapan hilal bulanan.

  3. Menyediakan dan menyelaraskan takwim Islam dan miladiah di Wilayah Persekutuan dengan negeri-negeri.

  4. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman serta menarik minta masyarakat dalam bidang astronomi dan ilmu falak melalui kursus, seminar dan taklimat yang berkaitan dengan ilmu falak.

  5. Bertanggungjawab menyediakan jadual waktu berbuka puasa, imsakiah dan waktu solat tahunan.

  6. Menyediakan dan merakukan jadual waktu solat bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

  7. Bertanggungjawab dalam penentuan arah kiblat masjid, surau, madrasah dan musalla di Wilayah Persekutuan.

Ke atas

Bahagian Sumber & Maklumat

Unit Penyelidikan dan Penerangan

Fungsi Unit :

  1. Bertanggungjawab mencari, mengumpul bahan-bahan bagi menerbitkan buku, buletin, pamplet, kalendar dan lain-lain bahan cetak mengikut keperluan semasa.

  2. Urusetia bagi majlis-majlis dialog dan seminar yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

  3. Mendokumentasikan fatwa-fatwa dan koleksi soal jawab agama yang dikemukan kepada Mufti.

  4. Menjalankan penyelidikan, dengan arahan Mufti ke atas isu-isu dalam Wilayah Persekutuan yang diadukan kepada Mufti.

  5. Mengendalikan tugas-tugas perhubungan awam seperti sambutan lawatan pihak luar ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan menguruskan lawatan kerja ke institusi-institusi fatwa lain atau institusi berkaitan fatwa untuk tujuan menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak tersebut.

  6. Menyalurkan dan menerima segala bentuk kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti perkongsian maklumat, pertukaran idea dan sumbangan keilmuan atau kewangan.

Ke atas