|
PROFAIL JABATAN |
| Kata Aluan S.S. Dato Mufti | Latar Belakang | Fungsi Pejabat | Piagam Pelanggan |
| Bahagian-Bahagian | Carta Organisasi | Senarai Mufti Wilayah Persekutuan |
Latar Belakang Pejabat Mufti Wilayah PersekutuanPejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan menjadi ketua kepada bahagian tersebut yang dikenali sebagai “Bahagian Istinbat”. Pada 1 Oktober 1998, ia telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi. Pada peringkat awal operasinya, pejabat ini hanya terdiri daripada 6 orang anggota sahaja yang dipindahkan daripada Bahagian Istinbat JAWI termasuk pegawai dan kakitangan. Mulai tahun 2000, semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat diuruskan sepenuhnya oleh pejabat ini dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri. Pada 3 Mac 2004, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Labuan telah ditubuhkan. Pejabat Mufti cawangan Labuan beroperasi di Bangunan Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan. Objektif
Visi "Menjadikan sebuah institusi fatwa yang berwibawa, efisien dan sistematik dalam menyelesaikan masalah masyarakat Islam Wilayah Persekutuan merangkumi aspek akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi, kewangan dan hukum semasa." Misi
|