|
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke atas
keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana
melayari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Laman
web ini sewajarnya dapat dijadikan pemangkin kepada kesinambungan usaha
dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat Islam melalui Internet khususnya
dalam bidang kefatwaan, falak syarie serta perkembangan ilmu-ilmu Islam
semasa.
Adalah menjadi harapan agar pembangunan laman web ini dapat menambahkan lagi
sumber rujukan dan maklumat di samping memandu umat Islam ke arah memahami
dan menghayati syariat Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah,
memperkukuhkan tradisi ilmu Islam khususnya falak syarie dan fatwa serta
menyumbang terhadap pembangunan Islam dalam masyarakat dan negara.
Melalui laman web ini, kami bersedia dalam membantu memberi nasihat dan
panduan kepada masyarakat dalam persoalan-persoalan dan permasalahan
berkaitan dengan aqidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi dan kefatwaan yang
melibatkan isu-isu semasa. Sebarang kemusykilan boleh diajukan samada
melalui email, surat menyurat atau berhubung terus ke pejabat ini.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyumbang ke arah meningkatkan syiar
Islam dan membangun umat dan negara ke arah kecemerlangan, kegemilangan
dan keredhaan Allah S.W.T.
Wassalam
S.S. Dato Hj Wan Zahidi bin
Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan
|