|
Mengenai soalan ini, bolehlah
dijelaskan di sini bahawa hukumnya adalah boleh atau diharuskan
ibadah Qurban dan ibadah Aqiqah itu dikongsi dalam seekor lembu
yang disembelih. Perkongsian ini harus walaupun niat yang
berbeza-beza seperti 2 orang berniat untuk Qurban, 2 orang pula
berniat untuk Aqiqah manakala selebihnya diniatkan untuk dijual
dan sebagainya. Kerana seekor lembu itu ada 7 bahagian semuanya.
Sukacita juga dijelaskan di sini bahawa seekor kambing itu
adalah bersamaan dengan satu bahagian lembu. Bermakna jika bagi
seorang anak lelaki Aqiqahnya 2 ekor kambing maka bersamaan 2
bahagian lembu. Manakala bagi seorang anak perempuan memadailah
dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu sahaja. |