Laman Utama  Hari Ini :


SOAL JAWAB/KEMUSYKILAN AGAMA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Soalan :
Saya berhasrat mencetak risalah surah Yasin yang lama (bukan resam Uthmani) untuk diedarkan kepada masjid-masjid dan surau di daerah saya, apakah boleh  saya teruskan hasrat ini.

Jawapan:
Untuk makluman pihak tuan kerajaan telah pun memberikan tanggungjawab khusus kepada Unit Kawalan Al-Quran  Kementerian dalam negeri dalam urusan percetakan dan penerbitan Al-Quran,  serta menyelaras penulisannya dalam resam  ‘Uthmani. Sehubungan itu adalah tidak wajar cetakan surah Yasin tersebut diedarkan kepada masyarakat kerana selain daripada penulisannya tidak mengikut  resam ‘Uthmani, ia juga boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk menyelaraskan tulisan teks Al-Quran mengikut resam ‘Uthmani di Negara kita.

:: Penafian :: Kerajaan dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa menggunakan maklumat dalam laman ini...

Hakcipta Terpelihara © PMWP
Webmaster