SOAL JAWAB/KEMUSYKILAN AGAMA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Soalan :
Saya ingin mendapatkan
hukum mengenai mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana
kerja yang terpaksa seperti Security sama ada mereka ini boleh melakukan
sembahyang zohor sahaja supaya mereka tidak dikira sebagai murtad /
fasiq dari segi agama ?
Jawapan:
Setiap orang Islam yang
sudah baligh dan berakal adalah diwajibkan menunaikan solat fardu
Jumaat kecuali uzur syarie seperti sakit dan sebagainya. Begitu juga
halnya orang yang terpaksa bertugas yang tidak boleh ditinggalkan pada
hari Jumaat maka ia harus meninggalkan solat Jumaat tersebut tetapi
dengan syarat tidak boleh lebih dari tiga kali Jumaat berturut-turut.