Laman Utama  Hari Ini :


SOAL JAWAB/KEMUSYKILAN AGAMA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Soalan :
Saya adalah pelajar di sebuah Negara yang minoriti orang Islam.  Di sini saya dan kawan-kawan yang tiada berlatar belakang pendidikan agama mendirikan  sembahyang Jumaat walaupun jumlahnya tidak sampai 40 orang.  Kami juga mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan kelas tajwid untuk membaiki diri sendiri.  Apakah sah sembahyang Jumaat tersebut dan bagaimana pula dengan majlis yang kami adakan itu  yang dikatakan sebagai adat dan tidak sepatutnya dibuat.

Jawapan:

Di Malaysia kita berpegang dengan Mazhab Shafie, oleh itu mana-mana masjid dan surau yang dibenarkan mendirikan Jumaat, sekiranya ahli jemaahnya kurang dari 40 orang tidak dibenarkan mendirikan Jumaat.  Tetapi bagi saudara dan kawan-kawan yang berada di luar Negara bolehlah menerima pakai Mazhab lain dan apabila kembali ke tanah air nanti hendaklah mengikut Mazhab Shafie.

Mengikut pendapat Mazhab Hanafi sah sembahyang Jumaat yang dikerjakan oleh jemaah yang bilangannya lebih dari 3 orang.

Mengenai majlis yang diadakan itu,  sebahagian ulama menggalakkan kita membaca Yasin pada malam Jumaat dan nisfu Syaaban,  oleh kerana itu amalan berkenaan dilaksanakan di kebanyakan masjid dan surau di Negara kita.

:: Penafian :: Kerajaan dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa menggunakan maklumat dalam laman ini...

Hakcipta Terpelihara © PMWP
Webmaster