|
Mencetak Surah Yassin Yang Lama |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 11 February 2010 05:31 |
|
Soalan : Saya berhasrat mencetak risalah surah Yasin yang lama (bukan resam Uthmani) untuk diedarkan kepada masjid-masjid dan surau di daerah saya, apakah boleh saya teruskan hasrat ini.
Jawapan : Untuk makluman pihak tuan kerajaan telah pun memberikan tanggungjawab khusus kepada Unit Kawalan Al-Quran Kementerian dalam negeri dalam urusan percetakan dan penerbitan Al-Quran, serta menyelaras penulisannya dalam resam ‘Uthmani. Sehubungan itu adalah tidak wajar cetakan surah Yasin tersebut diedarkan kepada masyarakat kerana selain daripada penulisannya tidak mengikut resam ‘Uthmani, ia juga boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk menyelaraskan tulisan teks Al-Quran mengikut resam ‘Uthmani di Negara kita.
<<Kembali
|
|
Last Updated on Thursday, 30 December 2010 10:15 |