| Masalah resdung mengganggu khusyuk di dalam solat |
|
|
| Thursday, 30 December 2010 10:17 |
|
SOALAN Saya mengalamai masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakan disamping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.
JAWAPAN Hukum solat anda adalah sah kerana pergerakan anggota anda bukan pergerakan yang sengaja tanpa sebab (bermain-main) dan bukan juga melakukan perbuatan yang banyak dan berturut-turut pada uruf seperti melangkah tiga kali berturut-turut sama ada dengan sengaja atau tidak. Dan yang dimaksudkan dengan pergerakan yang banyak itu ialah sama ada menggunakan satu anggota sahaja atau lebih, seperti pergerakan kepala dan dua tangan, satu lompatan yang kasar atau seluruh anggota badan.
<<Kembali |


























