• Rasa was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan PDF Print
    Thursday, 30 December 2010 11:14

    SOALAN

    Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal-hal solat dan makanan. Contohnya kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. Begitu juga bila saya buang air besar, selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali-kali  bagi memastikan bau najis hilang walaupun tangan saya sudah dibasuh berkali-kali.

     

    JAWAPAN

    Bau yang tinggal setelah tangan kita dibasuh berkali-kali adalah dimaafkan, kerana bau dan warna juga kadang-kadang bukan mudah untuk dihilangkan walaupun dengan sabun. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlulah membawa sabun membawa sabun ke mana sahaja kita pergi hanya untuk tujuan itu kerana ini menyulitkan sedangkan Islam itu agama yang mudah.

    Allahu a'alam.

     

     

    <<Kembali

     

    Add comment


    Security code
    Refresh