Latar Belakang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan menjadi ketua kepada bahagian tersebut yang dikenali sebagai “Bahagian Istinbat”.
Pada 1 Oktober 1998, ia telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi. Pada peringkat awal operasinya, pejabat ini hanya terdiri daripada 6 orang anggota sahaja yang dipindahkan daripada Bahagian Istinbat JAWI termasuk pegawai dan kakitangan.
Mulai tahun 2000, semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat diuruskan sepenuhnya oleh pejabat ini dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri. Pada 3 Mac 2004, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Labuan telah ditubuhkan. Pejabat Mufti cawangan Labuan beroperasi di Bangunan Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.
Objektif
- Memandu umat islam ke arah memahami dan menghayati syariah berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Melahirkan sebuah masyarakat islam yang beriman dan beramal soleh.
Visi
- "Menjadikan sebuah institusi fatwa yang berwibawa, efisien dan sistematik dalam menyelesaikan masalah masyarakat Islam Wilayah Persekutuan merangkumi aspek akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi, kewangan dan hukum semasa."
Misi
- Menyediakan jawapan yang bernas dan tepat bagi setiap persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat awam beragama Islam.
- Menghidupkan budaya ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti majlis dialog dengan tokoh ilmuan, bengkel-bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan.
- Mewujudkan rangkaian perhubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi fatwa dan institusi lain yang berkaitan di dalam atau luar negara.
- Menyebarkan maklumat dan kefahaman Islam yang jelas melalui saluran media cetak dan elektronik serta talian komunikasi.
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
|
Page 2 of 6 |