IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-157: ROH ORANG MATI BERADA DI DALAM RONGGA BURUNG HIJAU

 

Soalan: Benarkah dakwaan yang mengatakan roh orang yang mati berada di dalam rongga burung hijau?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith sahih yang menceritakan hal tersebut. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah roh-roh orang yang mati syahid bukannya roh-roh orang yang mati secara umumnya.

 

قَالَ: سَأَلْنَا عَبْدَ اللهِ عَنْ هَذِهِ الْآيَةِ: {وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ} [آل عمران: 169] قَالَ: أَمَا إِنَّا قَدْ سَأَلْنَا عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ: أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً، فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ قَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا، فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ، نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ تُرِكُوا

Maksudnya: “Kami bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini:

 

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh (gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. [Ali Imran:169]

 

Dia menjawab: Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Nabi SAW), lalu Baginda SAW menjawab:

 

"Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di 'Arash. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh oranng yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu. Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: “Apakah kalian inginkan sesuatu?”. Mereka menjawab: “Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?”. Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata, “Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, maka mereka ditinggalkan”. [Riwayat Muslim (1887)]

 

Maksud Hadith

Persoalan berkaitan tempat roh orang mukmin berada telah menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama’. Antara yang diperkatakan oleh Imam Ibn al-Qayyim bahawa roh-roh ini berbeza tempatnya di akhirat, antaranya:

 

 

Selain itu juga, Syeikh Badr al-Din al-‘Aini mengatakan bahawa ulama’ telah berselisih pendapat pada hal roh orang yang syahid. Telah berkata Ibn Batthal bahawa roh orang yang syahid ini diberi rezeki oleh Allah SWT berdasarkan beberapa hadith, antaranya: [Lihat: Umdah al-Qari, 112/14]

 

 

إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Nasa’ie (2073)]

 

Di dalam Riwayat Ahmad pula dan di dalam hadith ini terdapat tiga imam besar mazhab iaitu Imam Ahmad mendengar hadith ini daripada Imam al-Syafie dan Imam al-Syafie mendengar hadith ini daripada Imam Malik.

 

 

إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يُرْجِعَهُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh orang mukmin tergantung di pohon Syurga sehingga Allah kembalikannya ke jasadnya pada hari ia dibangkitkan”. [Riwayat Ahmad (15778)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanadnya sahih dan perawi selepas daripada Imam al-Syafie menepati syarat Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim)]

 

Walaubagaimanapun, hal ini termasuk di dalam perkara-perkara ghaib dan ia sepatutnya dilihat berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mendapat pemahaman yang jelas lagi tuntas berkaitan isu ini.

 

Penutup

Akhirnya, semoga dengan perkongsian yang ringkas ini dapat memberi kita sedikit manfaat serta kefahaman dan ilmu agar kita dapat amalkan serta sampaikan kepada orang lain. Sebagaimana kata-kata hukama’:

 

فَاقِدُ الشَّيْءِ لَايُعْطِيْهِ

Maksudnya: “Orang yang hilang sesuatu (tidak mempunyai apa-apa), tidak dapat memberi apa-apa (daripada apa yang dimilikinya)”.

 

Amin. Wallahua’lam