Irsyad al-Hadith Siri ke-29 : bahasa arab bahasa dhad (ض)

 Soalan :

Mengapakah bahasa arab dinamakan dengan bahasa dhad (ض) ?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Berkaitan dengan soalan yang diajukan, bahasa arab dinamakan juga sebagai bahasa dhad (ض) adalah bersandar pada sebuah hadis yang masyhur iaitu :

أَنَا أَفْصَحُ مَنْ نَطَقَ بِالضَّادِ

Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling fasih dalam menyebut huruf dhad (ض)”.

 

Definisi Dhad

Dhad adalah salah satu huruf di dalam huruf Hija’ (هجاء).

 

Hukum hadis

 

Tarjih

Setelah melihat kepada pendapat ulama terhadap hadis ini, maka kami berpendapat bahawa hadis ini tidak sahih dan tidak boleh menyandarkan pada Nabi SAW walaupun makna sahih. Maksud makna hadis ini adalah sahih bahawa Nabi SAW adalah orang yang paling fasih dalam menuturkan dan menyebut huruf-huruf hija’ ini. Di samping itu juga, huruf dhad adalah huruf yang paling sukar untuk dituturkan terutamanya bagi orang yang bukan Arab. Oleh sebab itu, dinamakan bahasa arab sebagai bahasa dhad yang merujuk kepada huruf yang paling sukar disebut di antara huruf-huruf hija’. Walaubagaimanapun ia hanyalah sekadar nama dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap aqidah mahupun ibadat.

 

Penutup

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita di antara orang-orang yang fasih dalam membaca al-Qur’an dan sentiasa beramal dengan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam