IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-227: TIDUR SELEPAS ASAR

Soalan: Apakah status hadith ini?

 

مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فلا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.”

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan setiap insan atau tubuh badan manusia itu memerlukan kepada rehat secukupnya. Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan tubuh badannya. Hal ini telah dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya yang suci:

 

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

Maksudnya: “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. [al-Naba’ : 9]

 

Kata Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. [Lihat: Tafir Ibn Kathir, 307/8]

 

Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan beberapa pendapat para ulama’ dalam menentukan status hadith ini:

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan beberapa pendapat para ulama’ di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama’ mengdhaifkan hadith ini dan sebahagian yang lain memalsukan hadith ini. Maka dengan itu, kami berpandangan bahawa hadith tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta. Maka dengan itu, kami nyatakan bahawa tiada hadith sahih yang melarang tidur selepas asar. Akan tetapi, jika dikatakan tidur pada waktu ini boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah dan ia boleh membawa kepada mudharat maka ia sebaiknya perbuatan ini mestilahlah dijauhi kerana setiap insan itu mesti mejauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudharatkan dirinya. Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.

 

Penutup

Kesimpulannya, Allah SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki. Maka tidur pada waktu malam dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dan begitulah sebaliknya bagi yang bekerja pada waktu malam. Ini kerana, tanpa tidur yang secukupnya maka akan tergendalalah segala usaha yang ingin dilakukan pada hari-hari yang berikutnya. Berkaitan hukum tidur selepas waktu subuh, kami telah menjawabnya di dalam Irsyad al-Fatwa siri ke 149. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya sihat rohani dan jasmani agar kehidupan dapat diteruskan. Amin.

 

Wallahua’lam