IRSYAD HUKUM KE-26: PUNCA MURTAD

Apakah sebab-sebab murtad dan puncanya?

 

Jawapan: 

Saya mengemukakan di sini dua bahagian jawapan:

Pertama: Sebab-sebab murtad

Kedua: Punca murtad

Berkenaan dengan sebab-sebab murtad ia boleh berlaku melalui empat perkara berikut: 

Namun bagi seseorang yang menolak sesuatu hukum yang tidak disepakati, atau sesuatu hukum yang disepakati tetapi tidak diketahui oleh ramai orang penolakan tersebut tidaklah menyebabkan kemurtadan. Contohnya orang yang menolak syariat menganjurkan sembahyang dhuha atau menolak hukum haram mengahwini perempuan yang diceraikan sebelum tamat ‘iddah. 

Pernah berlaku bagaimana Saidina Umar RA menulis surat kepada Abu Ubaidah RA berkenaan dengan sekumpulan mereka yang minum arak dengan mentakwilkan firman Allah SWT:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوا وَّآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَّآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوا وَّأَحْسَنُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(Surah al-Maidah: 93)

Kemudian ditulis kepadanya supaya menyeru mereka yang meminum arak jika masih lagi bersangkaan hukumnya halal bagi mereka seperti takwilan ayat di atas, maka hendaklah kamu bunuh mereka. Sebaliknya jika mereka berpendapat hukumnya haram tapi masih meneruskan minum arak, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan. Kemudian, Abu Ubaidah pergi kepada mereka di hadapan khalayak saksi, mereka menjawab hukumnya haram lantas Abu Ubaidah menghukum sebat 80 kali dan mereka selepas itu menyesali atas perbuatan mereka. Lihat Mahasin al-Takwil oleh al-Qasimi (6/368).

Semua ucapan ini boleh menyebabkan murtad tanpa mengira samada disebabkan oleh keyakinan atau kemarahan atau keingkaran, mengutuk agama atau mengutuk Allah SWT dalam keadaan marah, bertengkar atau mempersendakan, sama ada semata-mata untuk menjadi bahan ketawa, main-main atau mengejek. Contohnya, seseorang berkata kepada rakan yang menasihatinya: “Esok kalau kamu masuk syurga, tutuplah pintunya dan jangan benarkan saya masuk.”

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ﴿٦٥﴾لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.

(Surah al-Taubah: 65-66)

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa pemohon pengisytiharan bukan lagi orang Islam, boleh membawa kepada murtad dan keluar daripada Islam secara dianatan (agama) bukan qada’an atau mahkamah sehingga diputuskan oleh hakim. Walaupun begitu, penulis suka menyatakan para ulama amat cermat dalam menghukum kufur dan keluarnya seseorang daripada daerah Islam antaranya dinyatakan pendapat tokoh-tokoh Islam:

Kedua: Punca Murtad

Semoga Allah peliharakan kita semua daripada sebarang yang boleh menuju ke arah kemurtadan dan saya berdoa kepada Allah agar kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh-Nya. Amin. 

Akhukum Fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan