اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL ASAS PENGIMEJAN VIDEO

LABUAN, 2-3 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PMWPL) telah mengadakan Bengkel Asas Pengimejan Video. Bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat PMWPL ini berobjektifkan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan PMWPL dengan metodologi baharu dakwah masa kini seiring dengan kemajuan industri 4.0.

Bengkel selama dua hari ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Isham bin Abd Latiff dan Encik Rosli bin Alias daripada Syarikat AK Suppliers Enterprise yang berpengalaman luas dalam menghasilkan video-video korporat badan kerajaan dan juga swasta terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada hari pertama bengkel, para peserta telah diberikan pendedahan dengan perkara-perkara asas berkaitan video dan pengenalan ringkas berkaitan fungsi-fungsi kamera dan aksesori yang diperlukan untuk merakam video.

Selanjutnya pada hari kedua, semua peserta telah dibimbing untuk merakam dan menghasilkan video ringkas masing-masing dengan menggunakan ilmu yang telah disampaikan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pengendali bengkel dan sesi bergambar bersama warga PMWPL.