اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2021 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

PUTRAJAYA, 16 MAC 2021- Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Wilayah Persekutuan Siri 1/2021 berlangsung secara atas talian (online) dari Dewan Syura, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Tujuan Muzakarah ini diadakan bagi menerangkan Proses Pengeluaran Fatwa Wilayah Persekutuan, isu-isu fatwa semasa dan Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kepada 24 orang peserta yang berjaya dalam temuduga dan telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Wilayah Persekutuan.

Perkongsian disampaikan oleh panel jemputan, slot pertama Akidah Sahih oleh Ustaz Muhammad Shahrulnizam Bin Muhadi, Pegawai Penyelidik, PMWP. Kemudian slot kedua, Isu-isu fatwa semasa yang disampaikan oleh S. F Dr. Wan Zulkifli Bin Wan Hassan, Ahli Jawatankuasa Fatwa PMWP dan slot terakhir diteruskan dengan perkongsian Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh Tuan Arrahman Bin Awang, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Manakala amanat dan perasmian penutupan muzakarah pula telah dirasmikan oleh S. F. Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti, PMWP.