اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

WEBINAR MUFTI: BICARA FALAK WABAK DAN PENYAKIT DARI PERSPEKTIF ILMU FALAK

PUTRAJAYA, 12 MAC 2021- Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan kerjasama Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah telah menganjurkan webinar Mufti Bicara Falak yang bertajuk Wabak dan Penyakit dari Perspektif Ilmu Falak.

Webinar tersebut menggunakan platform ‘Google Meet’ dan disiarkan secara langsung di ruangan ‘facebook’ PMWP. Perkongsian telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hanafiah Bin Abdul Razak, Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bagi Program Bicara Falak seterusnya akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat dengan perkongsian topik yang lebih menarik serta sarat dengan informasi berkenaan dengan Ilmu Falak.