اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM BAHTH MASAIL PMWP

PUTRAJAYA, 14 APRIL 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Buhuth buat pertama kali telah mengadakan program yang dinamakan Baht Masail membincangkan isu fiqh semasa bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Program yang berkonsepkan perbincangan dan perdebatan terpandu ini dipimpin oleh Maulana Lutfi Muharram daripada Madrasah Miftahul Uloom, Sri Petaling dan juga Maulana Manan Lubis bin Kasri (Madrasah al-Musthofa) selaku musahhih, Ust. Lokman Hakim bin Ahmad sebagai moderator dan juga Ust. Muhammad Fadziluddin Ibrahim dengan dibantu dua orang penyelidik sebagai perumus. Sesi ini melibatkan kesemua 17 orang penyelidik Unit Buhuth sebagai peserta serta dihadiri oleh pegawai-pegawai unit lain sebagai pemerhati.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh S.S. Tn. Hj. Jamali bin Mohd Adnan, Timb. Mufti Wilayah Persekutuan. Sementara S.S. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyertai sesi petang program ini sekaligus menyampaikan ucapan penutup.

Selain bertujuan membahas secara tuntas dan mendalam sesebuah isu berkaitan fiqh yang telah ditetapkan, ia bertujuan memberi latihan kepada para penyelidik bagaimana untuk menghasilkan sebuah kertas kajian hukum yang baik serta kaedah berhujah yang betul berasaskan turath iaitu sumber-sumber utama dalam bidang fiqh khususnya Mazhab Syafie yang menjadi teras amalan dan pegangan umat Islam di negara ini.

Berdasarkan kepada outcome serta respon positif program ini, kami merancang meneruskan program ini dengan siri-siri berikutnya membahaskan pelbagai isu fiqh lain selepas ini, insyaAllah.