TIMBALAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYERTAI MUKTAMAR ANTARABANGSA FIKIH PERADABAN SEMPENA SAMBUTAN SATU ABAD NAHDLATUL ULAMA, INDONESIA

6 FEBRUARI 2023 – Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan mewakili Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah telah menghadiri Muktamar Antarabangsa Fikih Peradaban Di Surabaya, Indonesia anjuran Nahdlatul Ulama Indonesia sempena Satu Abad Tahun Nahdlatul Ulama di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Seramai 400 tokoh ulama seluruh dunia hadir ke muktamar tersebut termasuk perwakilan  dari Malaysia diketuai oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Prof. Dr. Muhammad Al-Dhuwaini, Timbalan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Abdullah Mahfudh Ibn Bayyah, Setiausaha Agong Liga Muslim Sedunia, Sheikh Dr. Muhammad Al Karim Al Issa, Mantan Menteri Agama Indonesia, Ybhg. Prof. Dr K.H. Quraish Shihab, Mantan Presiden Maldives, YBhg. Dr. Abdul Ghofur Maimun serta YBhg. Dr. Syauqi Ibrahim Allam, Mufti Besar Mesir adalah antara tokoh ulama terkenal yang membentangkan kertas kerja dalam muktamar ini secara fizikal dan hibrid.

Sebagai organisasi kemasyarakatan Islam terbesar dengan 98 juta ahlinya NU terus mewarnai perjalanan bangsa yang berperanan aktif dalam perjuangan sejak masa kebangkitan nasional, pasca kemerdekaan hingga saat ini.Ketika menyampaikan pidato pembukaan,wakil Presiden Prof Dr KH Maaruf Amin menekankan bahawa hukum Islam itu bersifat dinamis dan fleksibel yang mampubmerespon semua persoalan baru yang timbul dari perubahan sosial dan perkembangan zaman.Oleh itu para ulama telah merumuskan metodologi ijtihad atau istinbat bagi memahami nas Al Quran dan Hadith termasuk merungkai jawaban bagi persoalan baru dan isu semasa sebagai pencerahan kepada umat.

Semua perwakilan asing juga dijemput menyertai Resepsi Puncak Satu Abad Nahdlatul Ulama yang dihadiri Presiden Indonesia,Bapak Jokowi di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang dihadiri ratusan ribu pendokong NU seluruh Indonesia.Walaupun begitu, disebabkan kesesakan jalan menuju lokasi perhimpunan hingga lima jam dari tempat penginapan, tidak semua dapat menyertainya.

Delegasi daripada Malaysia juga mengambil peluang mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Umum PBNU KH Cholil Tsaquf di Shangrilla Hotel bagi menyampaikan ucapan terima kasih atas undangan dan mengucapkan tahniah atas sambutan Satu Abad Nahdlatul Ulama.