PERTEMUAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA SHEIKH ABDULMAJED AL-ALOUL DAN PEGAWAI PENYELIDIK PMWP

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut mesra kehadiran Sheikh Abdulmajed Al-Aloul, Director Gazze Destek Association (GDD) Foundation dan M Faqihus Syar'i, Pengurus Southeast Asia Partnership. Kehadiran tetamu ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah membincangkan dan berkongsi pendapat terhadap beberapa perkara dan isu-isu yang berlaku di Palestin disamping mewujudkan hubungan kerjasama antara dua pihak.

Kemudian Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman telah mengadakan pertemuan bulanan dengan para penyelidik di Unit Buhuth bagi membincangkan persoalan-persoalan semasa dan hukum-hakam semasa yang timbul. Semoga usaha PMWP dapat memberi natijah yang bermanfaat kepada semua pihak.