Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di Hotel Marriot, Putrajaya

MUTIARA HIKMAH DARIPADA SULTAN YANG PUNYA HIKMAH

''Bersempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di Hotel Marriot, Putrajaya. Kami telah mendengar sebuah titah diraja yang amat bernas dan tuntas, sarat dengan fakta sejarah, penuh dengan mau'izah dan terlalu banyak faedah serta mutiara hikmah yang amat bernilai, antara ungkapan dan mutiara hikmah Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah'';

"Pada hari akhirat kelak, raja-raja tidak mempunyai peguam negara, tetapi hanya peguambela, dan peguambela mereka ialah amar ma'ruf mereka sahaja".

Hal ini mengingatkan kami akan firman Allah swt:

(يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ)
[Surat Ash-Shu'ara 88 - 89]

Yang bermaksud ; "
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Kami menginsafinya dan menjunjung kasih tuanku. Daulat tuanku!