Penentuan dan Penandaan Arah Kiblat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

3 Mac 2021 (Rabu)

Pada 3 Mac 2021 bersamaan 19 Rejab 1442H, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menjalankan penentuan dan penandaan arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ianya merupakan hasil kerjasama di antara Unit Falak PMWP bersama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pengukuran dan penandaan kubur ini bertujuan untuk memastikan ketepatan arah kiblat bagi kawasan tanah perkuburan di Raudhatul Sakinah Bukit Jalil ini. Tambahan pula, tanah perkuburan Raudhatul Sakinah Bukit Jalil ini merupakan sebuah tanah perkuburan baharu yang disediakan oleh pihak JAWI berikutan kepadatan penduduknya serta ketiadaan tanah perkuburan di kawasan Bukit Jalil sebelum ini.

Info Lokasi Tanah Perkuburan Bukit Jalil :
Latitud = 3° 3' 34"
Longitud = 101° 39' 39"
Azimuth Kiblat = 292° 34' 46"

طباعة