AL-AFKAR #50: CADANGAN KITAB AKIDAH UNTUK PENUNTUT ILMU

kitab

Soalan: Bolehkah Dato’ Seri terangkan secara ringkas berkenaan kitab-kitab yang sesuai dimiliki dan dipelajari oleh penuntut ilmu dalam bidang Tauhid?

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kepentingan Mempelajari Ilmu Tauhid

Kata Imam al-Syafie:

أحكمنا ذاك قبل هذا

“Aku menguasai itu (ilmu Tauhid), sebelum menguasai ini (ilmu Fiqh).” (Lihat Manaqib al-Syafie, 1/457)

Kepentingan mempelajari ilmu Tauhid tidak dapat disangkal lagi dan merupakan ilmu yang paling penting untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain. Masalah-masalah penyelewengan yang berlaku dalam pemikiran, perkataan dan amalan tidak akan berlaku kecuali kita akan dapati ianya berpunca daripada masalah pemahaman Tauhid.

Firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

(Surah al-Anbiya’: 25)

Selain daripada itu, keseluruhan amal soleh yang dilakukan untuk mencapai keredhan Allah SWT adalah bergantung penerimaannya di sisi Allah SWT kepada kesahihan akidah seseorang. Rosaknya akidah membawa kepada rosaknya iman. Adapun rosaknya iman seseorang, menatijahkan kekufuran dan Allah SWT tidak akan menerima amalan daripada orang kafir. (Lihat Tabsit al-‘Aqa’id al-Islamiyyah, m. 21)

Senarai Cadangan

Kami amat menghargai khazanah Nusantara kita yang menghimpunkan sekian banyaknya kitab-kitab dalam bidang Tauhid yang amat baik. Antaranya adalah sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

Selain itu, penuntut ilmu tidak dapat tidak wajib untuk mengenali kitab-kitab Tauhid dalam Bahasa Arab. Ini kerana, sebahagian besar daripada kitab-kitab tersebut adalah dalam Bahasa Arab. Selain itu, Bahasa Arab juga adalah kunci ilmu bagi penuntut ilmu dalam bidang agama. Antara kitab yang dicadangkan adalah:

Semoga kita dikurniakan kefahaman dalam memahami akidah yang sebenar dan kesungguhan dalam mempelajarinya. Wallahu a’lam.