AL-AFKAR #3: BERMINAT DENGAN ISLAM TETAPI TIDAK FAHAM KONSEP 'FREE WILL' DALAM ISLAM

Soalan: Saya bukan Muslim. Berminat dengan Islam cuma tidak faham konsep kebebasan memilih (free will) dan kehendak Allah dalam Islam. Adakah manusia bebas memilih apa yang dikehendakinya, atau sebaliknya?

Jawapan:

Terima kasih kerana berminat untuk mendalami berkenaan Islam. Umat Islam terbahagi kepada 3 aliran dalam persoalan ini:

Aliran yang bersifat sederhana dan meraikan hak kebebasan memilih dan juga hak Allah SWT adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan itulah aliran yang dipegang oleh majoriti umat Islam. Allah SWT berhak menentukannya kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Allah SWT adalah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Firman Allah SWT:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah: 216)

"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
(Surah al-Insan: 30)

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
(Surah al-Takwir: 29)

Kami berikan contoh situasi yang lebih mudah untuk anda fahami.

  1. Ahmad ingin ke pasaraya bagi membeli barangan dapur. Beliau sudah menyenaraikan barangan yang perlu dibeli, membuat kiraan anggaran harga dan diselarikan dengan bajet perbelanjaan bulanannya. Pilihan Ahmad ini sesuai dengan kehendak Allah, maka Allah SWT mempermudahkan sebab-sebab untuk Ahmad mendapatkan pilihannya dengan memudahkan perjalanannya ke pasaraya, melancarkan urusan bajet kewangannya dan lain-lain sehinggalah barangan dapur tersebut selamat berada di rumahnya.
  2. Karim ingin bertemu dengan teman-temannya di sebuah kelab malam. Karim sudah menentukan lokasi kelab malam, siapa yang hendak dijumpa, tujuan pertemuan dan lain-lain hal berkaitan. Walaubagaimanapun, pilihannya ini tidak bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Maka, Allah SWT menyebabkan urusannya ke kelab malam menjadi sulit. Kunci keretanya hilang atau enjin keretanya tidak dapat dihidupkan, teksi tidak dapat dihubungi, aplikasi Uber dan Grabcar bermasalah dengan tiba-tiba, talian telefon juga bermasalah menyebabkan beliau tidak dapat menghubungi kawannya untuk menumpang. Karim tidak ada pilihan kecuali membatalkan pertemuannya itu. Pilihan itu bercanggah dengan kehendak-Nya kerana Dia tahu, pertemuan tersebut akan dipenuhi dengan perkara-perkara maksiat dan dosa dan Dia melakukan sedemikian untuk memelihara Karim daripada hal-hal yang menjerumus ke arah kemaksiatan.

Sebagai kesimpulannya, aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah memahami bahawa:

Wallahua'lam.