Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #374 : HUKUM MENULIS AYAT AL-QURAN KETIKA HAID

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 374 (6 SEPTEMBER 2016 M / 4 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Salam Dr. Maaf mengganggu.. Saya ada satu persoalan. Apa hukum menulis al quran bg seorang pljar yg berhaid?.. Situasinya, sekolah saya adalah sekolah hafaz al quran.. Mengikut silibus, pelajar perlu menulis ayat-ayat al quran yang akan ditasmik di dalam buku yg disediakan .. Jadi berlaku perbezaan pendapat antara guru al quran hukum menulis ayat al quran bagi seorang pljar.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Merujuk kepada Irsyad Fatwa Ke-18 : Hukum Membaca Dan Mengulang Hafazan Al-Quran Dalam Keadaan Haid, kami berpendapat boleh bagi pelajar perempuan yang berhaid untuk mengulang hafazan al-Quran atas keperluan tertentu. Justeru, boleh dikiaskan dengan perbuatan membaca al-Quran kerana hal itu lebih berat daripada perbuatan menulis. Sekalipun begitu, jika boleh dielakkan adalah baik bagi mengeluarkan diri daripada khilaf seperti disusun jadual dengan baik dan sebagainya.

Wallahua’lam.