Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #7 : HUKUM BULU KUCING YANG TERTANGGAL

SOALAN 7 (20 APRIL 2015 BERSAMAAN 1 REJAB 1436H)

Saya ingin bertanya mengenai hukum bulu kucing yang tertanggal. Saya ada terbaca banyak pendapat yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dikira sebagai najis atas dasar kucing tergolong dalam kategori haiwan yang haram dimakan. Pendapat ini berdasarkan Mazhab Shafie. Dan ada juga yang berpendapat bahawa bulu kucing yang tertanggal adalah bukan najis atas dasar kucing itu sendiri bukanlah haiwan yang najis. Jadi soalan saya, adakah bulu kucing yang tertanggal adalah najis? Dan adakah tidak sah solat jika terdapat bulu kucing pada anggota badan ketika bersolat?

 

JAWAPAN

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ﷺ: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah)

Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa. Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdsarkan jilatannya pada bersih atau najis”. Lihat al-Mughni 1/48.

Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa siapa yang solat dan terdapat pada pakaiannya lebih daripada 3 helai bulu kucing maka solatnya tidak diterima. Sebenarnya pendapat tersebut tidaklah kuat kerana tidak diasaskan kepada dalil sebaliknya dalil bersama pendapat yang menyatakan tidak batal.