Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #3 : TAKRIF MAKRUH

SOALAN 3 (26 MAC 2015 BERSAMAAN 5 JAMADIL AKHIR 1436H)

Assalamualaikum tuan guru. Adakah makruh itu tidak berdosa?

JAWAPAN

Mengikut takrifan fuqaha seperti yang kami nyatakan dalam buku Istilah-Istilah Feqah dan Usul 4 Mazhab, Makruh atau karahah disisi mazhab Syafie memberi maksud benci atau tidak disukai. Digunakan karahah dengan maksud sunat tidak dilakukannya. Makruh terbahagi kepada dua jenis,makruh tahrim dan makruh tanzih. Berdasarkan kenyataan ini, maksud makruh tidaklah berdosa tetapi penggunaanya dalam hal-hal yang lain dan juga tafsiran beberapa hadith menunjukkan pengertiannya lebih umum dan boleh juga membawa kepada dosa. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam menuntut ilmu agama. Amin.