Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Asnaf al-Gharimin: Adakah merangkumi mangsa banjir?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 182 (11 FEBRUARI 2016 M / 2 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Dalam peruntukan asnaf zakat Malaysia, adakah mangsa banjir boleh dimasukkan dalam asnaf al-gharimin?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Yang dimaksudkan dengan al-gharimin di dalam asnaf zakat ialah : Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Rujuk kenyataan lengkap kami dalam Irsyad al-Fatwa Ke-14 : Hukum Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir Dan Lain-Lain di http://goo.gl/UAW6ej

Wallahua`lam.