Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

amalan sunat sewaktu gerhana

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 224 (24 MAC 2016 M / 15 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya selain solat gerhana, apakah amalan lain yang disunatkan semasa berlaku gerhana matahari atau bulan?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Amalan lain sewaktu gerhana ialah:

  • melakukan dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana,
  • memperbanyakkan doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana
  • beristighfar
  • bersedekah
  • Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu berlakunya gerhana berbetulan dengan wafatnya putera Baginda SAW, Ibrahim: إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakanlah solat dan bersedekahlah. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1044) dalam Sahih-nya

 

Wallahua`lam.