Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

anjing singgah di kaki lima

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 203 (4 MAC 2016 M / 24 JAMADILAWAL 1437 H

SOALAN:

 

Assalamualaikum Dr,

Saya ingin bertanya jika anjing dalam keadaan kering duduk di kaki lima rumah.  Adakah perlu disertu?

Syukran.

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Jika kawasan kaki lima rumah itu kawasan bertanah, maka tidak perlu disertu kerana kawasan itu akan bersih dengan sendirinya kerana lalunya padanya debu tanah dan hujan. Manakala, jika bersimen, kami mencadangkan sebagai langkah ihtihat, yakni berhati-hati, untuk menyertu kawasan tersebut kerana kita tidak mengetahui anjing yang singgah itu berada dalam keadaan kering atau basah. Pandangan kita mungkin melihat kering, tetapi mungkin juga. Ini juga bagi mengelakkan was-was dan keluar daripada khilaf itu lebih aula.

 

Daripada segi hukum, diketahui bahawa dalam mazhab al-Syafie, kenajisan anjing merangkumi seluruh badannya kerana diqiaskan air liur anjing, sebagai mana hadis berikut. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW:

إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أُولَاهُنَّ أَوْ أُخْرَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Jika anjing menjilat (sambil minum) dalam bekas milik salah seorang daripada kalian, maka basuhlah (dengan air) sebanyak tujuk kali, basuhan pertama atau basuhan terakhirnya dengan air bercampur tanah.

Hadis riwayat al-Syafie dalam al-Musnad.

 

Wallahua`lam.