Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #918 : SERAH SEMUA HARTA PUSAKA AYAH KEPADA IBU

AF918 compressed

SOALAN :

Saya ingin bertanya soalan faraid. Si mati meninggal dunia pada tahun 2015 dan meninggalkan ahli waris; seorang isteri, 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Harta peninggalan si mati telah diserah oleh ahli waris kepada isterinya semua sekali telah selesai. Kemudian isteri berkenaan meninggal dunia pada tahun 2017 dan meninggalkan     ahli waris; 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Bagaimana cara pembahagian harta peninggalan si mati (ibu) mengikut faraidh dan bolehkah pembahagian dibuat di atas dasar persetujuan? Berikut adalah harta peninggalan si mati (ibu):

  1. Sawah padi 4 ekar dengan sewaan sebanyak RM5,000.00 selama 6 bulan.
  2. Satu tanah lot Kampung RM5,000.00 sebulan.

 

JAWAPAN :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.

Nabi ﷺ bersabda:

أَلْحِقُوا الفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak di kalangan ahli waris sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki di kalangan kamu yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (no. 6351) & Muslim (no.1615)

Para ulama mengharuskan takharuj dalam pembahagian harta pusaka. Takharuj bermaksud harta peninggalan dibahagikan secara sulh atau persetujuan di antara ahli waris dengan kaedah redha atau sesama suka. Ini dibenarkan kerana bahagian faraid itu adalah hak para waris yang boleh diambil atau dilepaskan. Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie  (5/513)

Justeru, tindakan para waris untuk tidak menuntut sebarang harta pusaka pada permulaan dengan menyerahkan keseluruhannya kepada salah seorang waris, iaitu si ibu, adalah dibenarkan dan sah. Justeru, tidak berlaku perlapisan apabila si ibu tadi pula meninggal dunia.

Adapun pembahagian harta si mati (ibu) secara faraidh adalah seperti berikut dengan membuat penilaian RM5,000. Setiap nilai harta iaitu:

  1. Sawah padi 4 ekar dengan sewaan sebanyak RM5,000.00 selama 6 bulan.
  2. Satu tanah lot Kampung RM5,000.00 sebulan

 

Harta Yang Difaraidhkan Mengikut Setiap Nilaian RM5000,00.

Ahli Waris

Fardhu/ ‘Asabah

Asal Masalah

Sah Masalah

RM

8

8

RM5,000

2 Anak (L)

‘Asabah

4

2

 

2

 

4 Anak (P)

‘Asabah

4

1

 

1

 

1

 

1

 

        

Kaedah Pengiraan

Kedudukan anak lelaki akan mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu bahagian. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Maksudnya: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” 

                                                                                    (Surah al-Nisa:11)

Anak Lelaki 2 orang

  • Bahagian Anak (L1): Harta RM5,000 x 2/ 8 = RM1250.00
  • Bahagian Anak (L2): Harta RM5,000 x 2/ 8 = RM1250.00

Anak Perempuan 4 orang

  • Bahagian Anak (P1): Harta RM5,000 x1 / 8 = RM625.00
  • Bahagian Anak (P2): Harta RM5,000 x1 / 8 = RM625.00
  • Bahagian Anak (P3): Harta RM5,000 x1 / 8 = RM625.00
  • Bahagian Anak (P4): Harta RM5,000 x1 / 8 = RM625.00

 

Jumlah Keseluruhan Pembahgian        

=RM5,000.00

 

والله أعلم بالصواب