AL-KAFI #1050: TATACARA PEMANDIAN JENAZAH YANG BETUL

Screen Shot 2019 01 15 at 11.23.35 AM

SOALAN

 

Saya ingin memohon penerangan daripada Sahibus Samahah, bagaimana cara pemandian jenazah yang betul dan sahih, kerana saya melihat hal ini berbeza mengikut beberapa tempat.

 

JAWAPAN

 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seterusnya ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Kematian adalah suatu perkara yang pasti berlaku. Oleh itu, syariat Islam telah pun mengajarkan tatacara pengurusan jenazah. Menjawab persoalan ini, kami akan menerangkan tatacara memandikan jenazah seperti mana yang diajarkan Baginda Nabi SAW kepada kita.

Memandikan jenazah adalah suatu kewajipan yang diletakkan di dalam fardhu kifayah. Hal ini bermakna, kewajipan itu wajib ke atas masyarakat di sesuatu tempat, dan kewajipan itu hanya akan terangkat atau dikira selesai apabila sebahagian daripada masyarakat menunaikan tanggungjawab tersebut.

Kewajipan memandikan jenazah ini berasal daripada arahan Nabi SAW ketika berlakunya tragedi seorang lelaki yang mati akibat terjatuh daripada unta, maka diseru untuk dimandikan jenazahnya, sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma:

اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ, وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْنِ

Maksudnya: “Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua helai kain”

Riwayat al-Bukhari (1265)

 

Selain itu, dalil yang menunjukkan kewajipan memandikan jenazah dapat dilihat ketika mana kewafatan puteri Nabi SAW, Saidatina Zainab. Ketika itu, Baginda SAW mengajarkan kaifiat-kaifiat atau tatacara pemandian jenazah. Ini seperti mana hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Attiyyah al-Ansorriyah, beliau menceritakan bahawa:

 

دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَغْسِلُ ابْنَتَهُ فَقَالَ ‏"‏ اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ، وَاجْعَلْنَ فِي الآخِرَةِ كَافُورًا، فَإِذَا فَرَغْتُنَّ فَآذِنَّنِي ‏"‏‏.‏ فَلَمَّا فَرَغْنَا آذَنَّاهُ، فَأَلْقَى إِلَيْنَا حِقْوَهُ فَقَالَ ‏"‏ أَشْعِرْنَهَا إِيَّاهُ ‏.‏

Maksudnya: Rasulullah SAW telah masuk kepada kami ketika mana kami memandikan jenazah puteri baginda, lalu Baginda bersabda: “ Mandikan dia dengan tiga kali, atau lima atau lebih dari tu, dengan air dan bidara kemudian letakkan bersama kapur barus pada mandian yang akhir. Apabila kamu selesai, maklumkan kepadaku” setelah kami selesai kami memaklumkan kepada Baginda SAW dan memberikan kain kepada kami, dan bersabda “kafankan dia dengan dengan sarung ini”

Riwayat Muslim (939)


Tatacara Pemandian

Para ulama’ membahagikan mandian ini kepada dua bahagian iaitu,( al-ghasl al-adna ) iaitu mandian yang paling asas dan wajib dan (al-ghasl al-akmal) iaitu mandian yang lebih sempurna, yang menggabungkan perkara wajib, sunat serta harus.

 

Tatacara Mandian Yang Asas Dan Wajib

 

Yang pertama, disebutkan al-ghusl al-adna atau mandian asas yang wajib bagi mayat. Apabila selesai peringkat ini, maka sempurnalah kewajipan.

Langkah yang pertama ialah dengan membersihkan najis-najis yang berada di badan atau yang melekat pada mayat. Kemudian hendaklah dimandikan kepada mayat itu dengan air sebagaimana wajib ke atas orang yang berjunub ketika hidup. Tidak menjadi syarat sah mandian jenazah untuk di niatkan terlebih dahulu. Maka dengan itu, selesailah perkara yang wajib dalam pemandian jenazah.

 

Tatacara Pemandian Jenazah Yang Lebih Sempurna

 

Yang kedua, al-ghusl al-akmal iaitu mandian yang lebih sempurna. Dalam kategori ini, dilakukan semua yang wajib, sunat, harus serta ditambah bersama dengan adab-adab ketika menguruskan pemandian jenazah.

Berikut dinyatakan tatacara mengikut kaedah mandian yang sempurna:

Sepanjang menguruskan jenazah hendaklah dijaga adab-adab dengan sedaya-upaya menghormati mayat sepertimana menghormati ketika hidup, dengan memastikan hal berikut:

ضَفَرْنَا شَعَرَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏.‏ تَعْنِي ثَلاَثَةَ قُرُونٍ‏.

Maksudnya: kami ikalkan rambut puteri Baginda SAW. Iaitu dengan tiga ikatan.

Riwayat al-Bukhari (1262)

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang kami terangkan di atas, begitulah tatacara yang diajarkan kepada kita untuk menguruskan jenazah berdasarkan mazhab al-Syafie yang sahih. Lihat Mughni al-Muhtaj (1/334), Muhazzab (1/416), al-Majmu’ (5/112), Hasyiah Qalyubi (1/325), Al-Hawi (3/166).

Semoga kita dapat memahami dan mempraktikkan syariat Islam yang sahih. Amin.