AL-KAFI #1377: PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP TAFSIR ISYARI

TAFSIR ISYARI.JPG

Soalan

Assalamualaikum SS Mufti. Apakah pandangan ulama terhadap tafsir sufi yang menggunakan kaedah isyari?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Ilmu tafsir menurut Imam al-Zarkasyi sepertimana dinukilkan oleh Imam al-Suyuti adalah ilmu untuk memahami kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, menjelaskan makna-maknanya, mengeluarkan hukum-hakamnya dan hikmah-hikmahnya dengan menggunakan ilmu bahasa, nahu, saraf, ilmu bayan, usul fiqh, qiraat, dan diperlukan juga untuk mengetahui asbab nuzul dan nasikh-mansukh. (Lihat al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, 2/450-451)

Imam al-Qusyairi menyebut bahawa tafsir dengan kaedah isyari adalah berbeza dengan tafsir biasa dan takwil. Tafsir merupakan penjelasan makna al-Quran berdasarkan kepada makna-makna yang jelas (sarih), manakala takwil adalah kefahaman terhadap makna-makna tersembunyi di sebalik makna teks ayat, tetapi bukanlah makna isyari.

Antara bentuk-bentuk tafsir isyari yang mengikuti kaedah yang benar sepertimana ditetapkan oleh ulama ialah:

Secara umumnya, kebanyakan ulama telah meletakkan syarat-syarat tertentu dalam menentukan penerimaan tafsir isyari sufi. Perletakan syarat-syarat tersebut adalah bagi menjaga agar tidak berlaku penyelewengan terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Quran.

Imam al-Suyuti telah menukilkan pendapat Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari yang menyebut: “Ketahuilah, pentafsiran golongan ini terhadap firman Allah dan sabda Rasulullah adalah dengan mendatangkan makna-makna yang sesuai dengan bahasa Arab, tidak menolak makna zahirnya, tetapi zahir ayat difahami sebagaimana yang dimaksudkan ayat dan ditunjukkan kebiasaan bahasa. Kemudian makna batin pada ayat dan hadis itu difahami oleh orang yang dibukakan hatinya oleh Allah.” (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran oleh al-Suyuti, hlm. 475)

Al-Taftazani pula menyebut: “Adapun apa yang diperkatakan oleh sebahagian muhaqqiq bahawa nas-nas difahami berdasarkan pada makna zahirnya, namun demikian terdapat di dalamnya isyarat-isyarat yang tersembunyi yang nampak oleh para pengamal suluk sufi. Isyarat-isyarat yang mereka nampak itu dapat diselaraskan dengan apa yang dimaksudkan oleh zahir nas. Maka kemampuan untuk memahami isyarat-isyarat tersebut termasuk dalam kategori kesempurnaan iman dan ketinggian makrifatnya.” (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran oleh al-Suyuti, hlm. 475)

Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zurqani dalam Manahil al-‘Irfan menyebut, terdapat lima syarat yang mesti dipenuhi mufassir sufi supaya pentafsirannya secara isyari itu dapat diterima, iaitu:

 

Kesimpulan

Berdasarkan pandangan-pandangan ulama’ di atas, jelas bahawa tafsir isyari sufi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas, maka ia dapat diterima serta menjadi salah satu bentuk penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran.

Kami nasihatkan kepada mereka yang ingin menggunakan Tafsir Isyari, perlulah mengetahui kitab-kitab tafsir yang muktabar terlebih dahulu seperti:

Ini bertujuan supaya kita sentiasa dipandu dan tidak jauh dari tafsir yang muktabar seperti yang kami nyatakan itu.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya.