AL-KAFI #1594: AZAN YANG DISUNATKAN SELAIN DARIPADA UNTUK SOLAT BERJEMAAH

 

qqq1594_-_Copy.png

SOALAN

Assalamualaikum Sahibus Samahah Mufti. Saya ada terdengar bahawa azan disunatkan pada beberapa keadaan selain daripada dilaungkan untuk menyeru solat berjemaah. Boleh saya tahu, bilakah kita disunatkan azan selain daripada azan di masjid dan surau yang biasa kita dengar tersebut?

Mohon penjelasan Tuan Mufti. Terima kasih.

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT mensyariatkan laungan azan bagi menyeru umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Hukumnya adalah sunat muakkad bagi solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 229)

Ia disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: “Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya: Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.

Hadith riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)

Azan untuk solat disunatkan juga diikuti selepasnya dengan iqamat sebelum didirikan solat. Antara tujuan disyariatkan azan untuk solat ialah:

Terdapat beberapa jenis solat yang disunatkan untuk iqamat dan azan. Syeikh Hasan al-Kaff telah membahagikan mengikut pembahagian sama ada disunatkan azan dan iqamat, disunatkan iqamat sahaja atau disunatkan azan sahaja, dan juga tidak disunatkan azan dan iqamat seperti berikut:

"صلاةُ العَيْدِ رَحِمَكًم الله"

Selain itu, disunatkan juga azan dan iqamat juga pada beberapa ketika dan keadaan diluar solat. Antaranya:

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami menyatakan bahawa jenis solat yang disunatkan untuk dilaungkan azan dan iqamat ialah solat fardhu lima waktu, solat Jumaat, solat jamak dan solat qadha yang yang dilakukan secara berturutan. Adapun solat-solat lain secara berjemaah seperti solat sunat Hari Raya dan solat sunat gerhana, maka disunatkan seruan sahaja.

Manakala azan yang disunatkan di luar solat, antaranya ialah: ketika keadaan sedih, pergaduhan, marah, diazankan kepada sesiapa tidak terkawal perilakunya sama ada manusia atau haiwan, ketika kebakaran dan ketika dirasuk oleh jin. Disamping itu juga, disunatkan azan dan iqamat, antaranya ialah: di telinga bayi yang baru lahir, ketika menghantar orang yang akan bermusafir dan ketika menurunkan mayat ke dalam kubur. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

WaAllahu a’lam.

Cetak