AL-KAFI #1690 : JAMAK SOLAT SEHINGGA 18 HARI

af1690 compressed

JAMAK SOLAT SEHINGGA 18 HARI

Soalan:

Assalamualaikum wrm. wbt.,

Saya terlibat dengan bengkel pembinaan modul oleh majikan saya di tempat yang memerlukan saya musafir jauh. Majikan saya menyebut jika modul itu selesai disiapkan saya boleh balik. Betulkah kalau seseorang itu musafir untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang tidak pasti habis bila dia boleh solat musafir yakni jamak dan qasar selama 18 hari?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wrm. wbt.,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/473):

“Jika seseorang yang bermusafir, bermukim dalam suatu bandar, atau kampung, kerana suatu kesibukan, atau keperluan, sedangkan niatnya ialah dia akan beredar apabila hajatnya selesai, pada bila-bila masa, atau dia ditahan oleh angin ribut di suatu tempat di laut, maka dibenarkan untuknya menunaikan solat secara qasar selama 18 hari sahaja mengikut pendapat yang asah, dan dalam isu ini ada qoul-qoul yang lain, dan awjuh (pendapat-pendapat Ashab) sendiri mencapai tujuh pandangan. Jika dia mengetahui bahawa kesibukannya tidak dapat selesai sebelum empat hari, kecuali hari masuk dan keluar, seperti muttafaqih (orang yang sedang mendalami ilmu), pemukim bagi perniagaan yang besar, untuk menunggu solat Jumaat, dan seumpamanya, sedangkan antaranya dengan pelepasan hajat itu ada empat hari, maka tidak dibenarkan qasar solat baginya berdasarkan pendapat madzhab. Ini kerana dia itu (dianggap) sudah tinggal, secara tenang, yang jauh daripada karakteristik para musafir, berbeza dengan orang yang menjangka terhadap suatu hajat yang boleh diselesaikan pada bila-bila waktu kemudian beredar, maka dia itu dianggap berada dalam kesukaran permufiran.”

Rujuk Al-Kafi #926 : Perkiraan Hari Masuk Dan Hari Keluar Dalam Hukum Solat Musafir (Jamak Dan Qasar)

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Imran bin Husain RA, katanya:

غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَهِدْتُ مَعَهُ الْفَتْحَ فَأَقَامَ بِمَكَّةَ ثَمَانِىَ عَشْرَةَ لَيْلَةً لاَ يُصَلِّى إِلاَّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: “Aku berperang bersama-sama Rasulullah ﷺ dan bersama-sama Baginda ketika pembebasan Makkah. Baginda tinggal di Makkah selama lapan belas hari dan Baginda tidak bersolat kecuali mengqasarkannya dua rakaat.”

Riwayat Abu Daud (1229)

Nabi ﷺ telah tinggal di Makkah selama tempoh tersebut pada tahun pembebasan kerana memerangi puak Hawazin, dan Baginda mengqasarkan solatnya sedangkan Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ.

Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/187)

Syeikh Hasan al-Kaf berkata dalam al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 316):

“Jika seseorang itu bermukin di suatu tempat kerana menunaikan suatu hajat, yang dijangka akan selesai kurang daripada empat hari, tetapi menjadi lewat, maka dibenarkan baginya untuk mengambil rukhsah (solat musafir) sehingga 18 hari.”

Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, kami cenderung untuk menyebutkan seperti berikut:

Semoga penjelasan ini memberikan jawapan kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa agar Allah ﷻ memberkati kita dan memberikan kita kefahaman yang baik terhadap agama. Amin.