Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Cerapan Hilal Rejab 1442H

12 & 13 Febuari 2021 ( Jumaat & Sabtu )

Pada 12 dan 13 Februari yang lalu, Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), telah mengadakan Cerapan Bulanan Hilal Rejab 1442H. Aktiviti cerapan ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama dua hari bermula pada jam 5 petang sehingga jam 9 malam.

Cerapan ini dilaksanakan adalah untuk menyemak data hilal bagi penentuan awal bulan Rejab 1442H dengan berpandukan kaedah Imkanur Rukyah. Ia juga adalah untuk membantu mengesahkan data rukyah yang disediakan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Antara agensi yang terlibat dalam cerapan Rejab 1442H adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia JAKIM.

Data Hilal pada 12 dan 13 Februari 2021 di PICC adalah seperti berikut ;

PICC (12 Februari 2021)
• Bulan Terbenam : 20:04
• Umur Hilal : 16j 58m
• Matahari Terbenam : 19:28
• Ijtimak : 03:06 (12/2/2021)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

PICC (13 Februari 2021)
• Bulan Terbenam : 20:51
• Umur Hilal : 41j 46m
• Matahari Terbenam : 19:28
• Ijtimak : 03:06 (12/2/2021)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

Selain itu, pada hari Jumaat tersebut, turut dijalankan latihan pengendalian total station kepada para pegawai Unit Falak PMWP yang baharu. Para pegawai diberi pendedahan mengenai peralatan yang digunakan, cara pemasangan sehinggalah ke cara penggunaannya. Mudah-mudahan latihan yang diberikan tersebut dapat menambahkan tahap kompetensi para pegawai Unit Falak, PMWP di masa akan datang.